Ayam Buttermilk
bahan-bahan :
ayam (potong kecil2 ye)
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
(kalau suka bawang byk leh letak byk ye)
sebiji telur (kita nk guna putih telur je tau)
butter (aku main campak je)
1/2 cawan susu cair
sedikit lada hitam
tepung bistari (tp nk guna tepung jagung pn boleh)
cili padi dalam 5 sudah
daun kari
garam
gula
cara-cara buat :
perap ayam td dengan sedikit garam, putih telur, lada hitam. perap dalam 20 minit. tp tadi aku perap kejap je sbb dh lapar.. dh perap lumurkan ayam perap tadi dengan tepung bistari. goreng macam biasa. dh siap goreng ketepikan. guna kuali lain.. cairkan butter, tumis bawang merah & bawang putih yg dihiris tadi ye. tumis sampai naik bau & nampak layu skit.. masukkan cili padi ngn daun kari. selepas beberapa saat, masukkan susu cair pulak ye. masuk garam gula skit... then last masuk ayam yg dh digoreng td ye..kalau nk kuah pekat kacau2 sikit smpai kuah pekat. kalau xnk pekat sgt goreng kejap jela..siap.. boleh hidang dalam pinggan.
gambar x sempat nk amik sbb masing2 dah lapar.. sorry ye
No comments:
Post a Comment